Wednesday, 13 February 2013

Sedikit Mengenai Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Bandar Seri Jempol merupakan sebuah bandar di daerah Jempol, Negeri Sembilan, Malaysia.
Tempat ini juga dikenali sebagai Bandar Baru Serting.

Bandar Seri Jempol merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam Negeri Sembilan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Jempol.


Jempol merupakan antara daerah yang terbesar di Negeri Sembilan. Daerah ini terletak bersempadan dengan negeri Pahang. Bandar utamanya ialah Bahau.

Hospital Jempol yang siap pada 2004 terletak di sini. Hospital ini menjadi tumpuan bagi pesakit yang datang dari daerah sekitar Jempol, Serting, Bahau, Rompin dan kawasan-kawasan di negeri Pahang yang sebelum ini mendapatkan perkhidmatan di Hospital Kuala Pilah. Jarak antara Bahau dengan Kuala Pilah ialah 39 km.
Dijangkakan daerah ini akan terus membangun dalam masa tedekat ini di antara 5 hingga 10 tahun lagi. Di sini juga teletaknya pertembungan antara Sungai Muar dan Sungai Serting. Ia lebih dikenali sebagai Desa Penarikan.

Bahau merupakan sebuah bandar di dalam Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia terletak 11 km dari Bandar Seri Jempol dan 24 km dari Kuala Pilah. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor pertanian, diikuti sektor perkhidmatan dan perniagaan. Antara tempat yang menarik di sini ialah Teratak Za'ba.
Terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jambu Lapan dimana wujudnya laluan bersejarah yang lebih dikenali sebagai PENARIKAN Berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai, Hang Tuah sering menggunakan laluan ini. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahau)


Kemudahan Dan Pembangunan
  • Masjid Daerah Jempol
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jempol
  • Ibu pejabat Majlis Daerah Jempol (MDJ)
  • Hospital Daerah Jempol
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (IPD Jempol)
  • Perpustakaan Awam Daerah Jempol (Tel: 06-4585260)
  • Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Pejabat Feldajaya Wilayah Selatan
  • Empire State of Serting
  • Taman Rekreasi
  • Dataran Seri Jempol
  • Tugu ZA'BA
Kini Bandar Seri Jempol bertambah maju. Adanya Feldajaya Wilayah Selatan serta Pusat Membeli belah Bandar Seri Jempol seperti Tunas Manja, dan Tesco Bahau menambahkan lagi kemudahan yang ada disini.

(sumber) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Seri_Jempol